30 August 2014

Resipi Berpantang [4]

Menu Sarapan Untuk Ibu Berpantang

A) Roti Bakar Kasih Ayah

Bahan2
- 4 keping roti sandwic putih
- 2 keping keju cheddar
- 2 helai daun salad
- sedikit lada hitam (ditumbuk)

Cara Penyediaan
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
2. Bakar 4 keping roti di dalam ketuhar selama 6-7 minit. Keluarkan.
3. Letakkan keju di atas 2 keping roti dan taburkan sedikit lada hitam tumbuk. 2 keping lagi biarkan dahulu.
4. Masukkan ke dlm ketuhar dan bakar sehingga keju kelihatan cair. Keluarkan.
5. Letakkan daun salad dan kepingan tomato buah, ambil sekeping lagi roti bakar tekapkan di atas. Tekankan sedikit. Buat sama pd roti yg satu lagi.
6. Potong serong setiap satu roti sandwic menjadi 4 keping. Hidangkan dengan minuman panas.



B) Sandwic Mama

Bahan2
- 2 keping daging burger ayam
- 2 keping keju
- 1 sudu teh rempah kari
- 1 sudu teh lada hitam
- 2 keping daun salad
- 2 keping tomato hiris
- 2 keping bawang besar (dipotong bulat)
- 2 keping roti bulat (dibelah dua)

Cara Penyediaan
1. Goreng burger ayam di atas kuali tidak melekat (non stick pan). Di sebelah atasnya, taburkan rempah kari dan renjiskan lada hitam.
2. Selepas 3-4 min, balikkan bhgn rempah tadi ke bwh.
3. Goreng bawang sehingga layu.
4. Goreng roti bulat pada bhgn kulitnya sebentar. Pada bhgn putih, letakkan sekeping keju.
5. Apabila keju hampir cair, angkat dan tutup api. Letakkan pula burger ayam, bawang, salad, tomato dan renjis lagi dgn lada hitam.
6. Kepitkan dgn sebelah lagi roti bun yg digoreng tadi. Potong sandwic tersebut. Hidangkan  dengan minuman panas.

(Sumber: buku Resipi Ibu Berpantang, Chef Fazalina, rm5.50)

18 August 2014

Agar Anda Disayang Suami/Anak

Assalam.

Amalkan solat sunat Witir usai melakukan solat fardhu Isyak.

Inshaa Allah, anda bukan sahaja disayangi oleh Allah swt, tetapi juga oleh suami, anak2 serta semua makhluk-Nya.

Wallahu'alam.

15 August 2014

Tips Mengetahui Jantina Anak Dalam Kandungan (pt.3)

Assalam.

Tips ni sekadar petua sahaja, bukan fatwa.

Petua untuk kaum ibu yang bakal menimang anak ke 2, ke 3 dan seterusnya...

Kalau tengah mengandungkan anak yang ke dot-dot-dot, cuba flashback memori semasa anak yang sebelum ni (kalau mengandung anak ke 3, ia merujuk kepada anak yang ke 2)...

Gigi pertamanya tumbuh kat rahang belah mana...

Rahang atas atau rahang bawah??

- Kalau rahang atas, maksudnya kita akan mendapat anak dari jantina yang berbeza.
Kalau sebelum ni anak lelaki, maka akan beroleh anak perempuan (dengan izin Allah SWT).

- Kalau rahang bawah, maksudnya kita akan mendapat anak dari jantina yang sama. Kalau sebelum ni anak lelaki, maka akan beroleh anak lelaki juga (dengan izin Allah SWT).

Apa-apapun, anak tu anugerah dari Allah SWT.

Jika ditakdirkan jantina anak tidak seperti yang diharapkan, pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Yang penting, anak tu sihat walafiat. Bersyukurlah dengan pemberianNya.

Doakan dan didiklah dia menjadi anak yang soleh/solehah; berbakti dengan penuh dedikasi dan kasih sayang kepada kedua ibubapanya; berjaya dan berbahagia di dunia dan juga di akhirat, in shaa Allah, aamiiiin.

Wallahu'alam.