13 June 2017

Rawatan Kanser

1. Bekam (Ikut keperluan. Rujuk pakar bekam)

2. Urutan tradisional/ refleksologi

3. Makan secara harian ubatan alami (natural food)

 

 



   

Rawatan Stroke

1. Bekam (Ikut keperluan. Rujuk pakar bekam)

2. Urutan tradisional/ Refleksologi

3. Makan secara harian ubatan alami (natural food)

  

    

02 March 2015

Mineral Coffee

Mengandungi Magnesium (kopi pracampur & garam buluh)












Penyakit Akibat Kekurangan Magnesium

1. Penyakit Jantung
2. Tekanan Darah Tinggi
3. Diabetes
4. Denyutan Jantung Tidak Normal
5. Asma/Lelah
6. Epilepsi
7. Autisme
8. Hiperaktif
9. Batu Karang
10. Senggugut
11. Ketagihan Alkohol
12. Osteoporosis
13. Insomnia
14. Sakit Sendi
15. Stress

Sumber makanan yang kaya dengan magnesium: sayuran berdaun hijau gelap, kekacang, biji-bijian, kacang panjang, kacang soya, kacang almond, kacang brazil dan buah keras.

Sumber lain: Garam laut asli yang diproses secara tradisional, garam bukit dan garam buluh.


[Buku: 57 Penyakit Berbahaya & Rawatannya - oleh Dr. Muhammad Dhani, penerbit Al-Hidayah, halaman 293-298]

15 February 2015

Pusrapi.com

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan/terapi perubatan cara islam (berubat tanpa was-was), sila hubungi pihak pusrapi.com untuk maklumat lanjut.

22 November 2014

Selawat Syifa'

(Credit to: sholawat nabi v2. May Allah swt bless you, aamiiin)

Doa Syifa'

Maksudnya: "Ya Allah, hilangkanlah kesengsaraan ini wahai Tuhan manusia, dan sembuhkanlah ia Engkau Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan Engkau yang menyembuhkannya, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."

(Riwayat at-Tirmizi)

19 October 2014

Lemon oh Lemon

Perah 2 atau 3 biji lemon untuk sekali minum.

Sebaiknya diminum tanpa gula, tanpa bancuhan air.

Dalam sehari, ulang minum sehingga 3 kali.

Petua ini sesuai untuk merawat demam, selsema, seram sejuk, sakit tekak dan batuk.

Cubalah!

(Sumber: buku Mengait Cinta di Istanbul oleh Ayza Gursoy, terbitan Must Read Sdn Bhd)

Sumber gambar: Google Image

27 September 2014

Apple Juice L-Carnitine



Kepada kenkawan yang masih tercari-cari cara untuk menguruskan badan (slim & slender), bolehlah mencuba produk ni.

Apple juice drink with L-Carnitine, produk keluaran Cosway.

Produk ini sesuai untuk individu yang mengalami pertambahan berat badan disebabkan oleh selulit/lemak yang berlebihan.

Perubahan ketara akan dapat dilihat dalam masa 1-2 minggu (bergantung kepada individu masing-masing).

Biasanya individu yang cepat mengalami kenaikan berat badan, akan turut mengalami penurunan berat badan yang cepat, in shaa Allah.

Try it!





21 September 2014

Medicated Plaster


Kalau lenguh badan atau sakit-sakit urat/otot, boleh tampal plaster "koyok" ni kat tempat yang sakit sementara mendapatkan rawatan sebenar dari doktor yang bertauliah.

Rawatan segera ni hanya untuk sakit-sakit yang ringan sahaja. Bukan untuk sakit yang teruk mahupun kritikal.

Kepada yang berminat, sila dapatkannya di kedai 7 Eleven (rm2.90) atau farmasi yang berdekatan.

30 August 2014

Resipi Berpantang [4]

Menu Sarapan Untuk Ibu Berpantang

A) Roti Bakar Kasih Ayah

Bahan2
- 4 keping roti sandwic putih
- 2 keping keju cheddar
- 2 helai daun salad
- sedikit lada hitam (ditumbuk)

Cara Penyediaan
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
2. Bakar 4 keping roti di dalam ketuhar selama 6-7 minit. Keluarkan.
3. Letakkan keju di atas 2 keping roti dan taburkan sedikit lada hitam tumbuk. 2 keping lagi biarkan dahulu.
4. Masukkan ke dlm ketuhar dan bakar sehingga keju kelihatan cair. Keluarkan.
5. Letakkan daun salad dan kepingan tomato buah, ambil sekeping lagi roti bakar tekapkan di atas. Tekankan sedikit. Buat sama pd roti yg satu lagi.
6. Potong serong setiap satu roti sandwic menjadi 4 keping. Hidangkan dengan minuman panas.



B) Sandwic Mama

Bahan2
- 2 keping daging burger ayam
- 2 keping keju
- 1 sudu teh rempah kari
- 1 sudu teh lada hitam
- 2 keping daun salad
- 2 keping tomato hiris
- 2 keping bawang besar (dipotong bulat)
- 2 keping roti bulat (dibelah dua)

Cara Penyediaan
1. Goreng burger ayam di atas kuali tidak melekat (non stick pan). Di sebelah atasnya, taburkan rempah kari dan renjiskan lada hitam.
2. Selepas 3-4 min, balikkan bhgn rempah tadi ke bwh.
3. Goreng bawang sehingga layu.
4. Goreng roti bulat pada bhgn kulitnya sebentar. Pada bhgn putih, letakkan sekeping keju.
5. Apabila keju hampir cair, angkat dan tutup api. Letakkan pula burger ayam, bawang, salad, tomato dan renjis lagi dgn lada hitam.
6. Kepitkan dgn sebelah lagi roti bun yg digoreng tadi. Potong sandwic tersebut. Hidangkan  dengan minuman panas.

(Sumber: buku Resipi Ibu Berpantang, Chef Fazalina, rm5.50)

18 August 2014

Agar Anda Disayang Suami/Anak

Assalam.

Amalkan solat sunat Witir usai melakukan solat fardhu Isyak.

Inshaa Allah, anda bukan sahaja disayangi oleh Allah swt, tetapi juga oleh suami, anak2 serta semua makhluk-Nya.

Wallahu'alam.

15 August 2014

Tips Mengetahui Jantina Anak Dalam Kandungan (pt.3)

Assalam.

Tips ni sekadar petua sahaja, bukan fatwa.

Petua untuk kaum ibu yang bakal menimang anak ke 2, ke 3 dan seterusnya...

Kalau tengah mengandungkan anak yang ke dot-dot-dot, cuba flashback memori semasa anak yang sebelum ni (kalau mengandung anak ke 3, ia merujuk kepada anak yang ke 2)...

Gigi pertamanya tumbuh kat rahang belah mana...

Rahang atas atau rahang bawah??

- Kalau rahang atas, maksudnya kita akan mendapat anak dari jantina yang berbeza.
Kalau sebelum ni anak lelaki, maka akan beroleh anak perempuan (dengan izin Allah SWT).

- Kalau rahang bawah, maksudnya kita akan mendapat anak dari jantina yang sama. Kalau sebelum ni anak lelaki, maka akan beroleh anak lelaki juga (dengan izin Allah SWT).

Apa-apapun, anak tu anugerah dari Allah SWT.

Jika ditakdirkan jantina anak tidak seperti yang diharapkan, pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Yang penting, anak tu sihat walafiat. Bersyukurlah dengan pemberianNya.

Doakan dan didiklah dia menjadi anak yang soleh/solehah; berbakti dengan penuh dedikasi dan kasih sayang kepada kedua ibubapanya; berjaya dan berbahagia di dunia dan juga di akhirat, in shaa Allah, aamiiiin.

Wallahu'alam.

25 August 2011

Penyembuh Kanser pt.i

Penyakit kanser ialah suatu penyakit bengkak dan bernanah. Antaranya ialah kanser paru-paru, kanser usus, kanser rahim, kanser darah dan sebagainya.

Antara penyakit yang benar-benar dapat disembuhkan dengan Al-Quran adalah penyakit kanser.

Ujian/percubaan telah dilakukan ke atas beberapa jenis penyakit kanser dan didapati semuanya sembuh dengan izin Allah, insya-Allah.

Pengubatan cara ini termasuklah:

1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran.

Adapun ayat-ayat Al-Quran yang dibaca adalah seperti berikut:

1. Mulakan dengan surah Al-Fatihah.
2. Lima ayat permulaan, surah Al-Baqarah (1-5).
3. Ayat 163-165, surah Al-Baqarah.
4. Ayat 255, surah Al-Baqarah (Ayat Al-Kursi).
5. Ayat 256, surah Al-Baqarah.
6. Ayat 257, surah Al-Baqarah.
7. Akhir surah Al-Baqarah (Ayat 284-286).
8. Lima ayat permulaan, surah Ali Imran (1-5).
9. Ayat 18, surah Ali Imran.
10. Ayat 26-27, surah Ali Imran.
11. Ayat 54-56, surah Al-A'raf.
12. Ayat 117-119, surah Al-A'raf.
13. Ayat 80-82, surah Yunus.
14. Ayat 65-69, surah Thaha
15. Ayat 115-118, surah Al-Mukminun
16. Ayat 21-24, surah Al-Hasyr
17. Lima belas ayat permulaan, surah Ash-Saffat (1-15).
18. Ayat 31-34, surah Ar-Rahman
19. Ayat 3-4, surah Al-Mulk.
20. Ayat 51-52, surah Al-Qalam.
21. Ayat 3, surah Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq, An-Naas.

Cara Mengamalkan Ayat-ayat Suci:

1. Semua ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 7x ke atas air yang cukup bagi kegunaan mandi dan minum untuk tempoh seminggu, iaitu bagi mandi sekali sehari dan minum 3 gelas setiap hari.

2. Ayat yang sama juga ditiupkan pula (secara serentak) ke atas minyak zaitun yang kadarnya boleh disapukan ke atas anggota yang sakit bagi tempoh 21 hari (3 minggu).

3. Kemudian dibacakan doa-doa berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak iaitu:

Ertinya:  "Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia, dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan Engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan."  (HR At-Tirmizi)

4. Dibacakan 7x :

Ertinya:  "Saya memohon pada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Yang Memiliki 'Arasy (Singgahsana) yang besar, agar Dia menyembuhkan engkau (pesakit)." (HR Abu Daud dan At-Tirmizi (Hasan)).

Kemudian baca 7x :

Ertinya: "Saya berlindung pada kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Al-Quran) daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya dan kejahatan para hamba-Nya, juga dari segala gangguan syaitan-syaitan dan dari kedatangan mereka."  (HR Ahmad, Abu-Daud, An-Nasa'i dan At-Tirmizi)

Ertinya: "Dengan (menyebut) nama Allah Tuhan Penyembuh. Wahai Allah, sembuhkanlah hamba Engkau dan telah benarlah Rasul Engkau."

5. Sesudah itu hendaklah menyempurnakan mandi dan minum segelas air tersebut sewaktu pagi, tengah hari dan malam, setiap hari serta menyapu anggota sakit dengan minyak zaitun yang telah dibacakan itu.

6. Apabila timbul bengkak yang berbentuk darah, maka hendaklah digunakan sepenuh minyak pada tulang punggung, kaki kanan dan kaki kiri.

7. Apabila bengkak itu terdapat di tempat lain seperti payudara, rahim, usus atau paru-paru, hendaklah disapukan minyak ke bahagian yang sakit dari sebelah luar.

8. Hendaklah ditambah lagi mandi 21 hari dan menyapu dengan minyak zaitun dan bacakan lagi ayat-ayat tersebut sekali seminggu. Dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh, insya-Allah.

Wallahu'alam.

(Sumber: Mari Berubat Dengan Al-Qur'an oleh Asy-Syaikh Abi Al-Fadaa' Muhammad, terjemahan oleh: Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh, terbitan Al-Hidayah Publications, ISBN 983-9188-49-6, rm6.00)

04 August 2011

Tips untuk Mata (2)

Agar Mata Sentiasa Sihat

Mengamalkan membaca ayat-ayat Al-Quran pada setiap hari boleh menerangkan penglihatan mata anda. Oleh itu, untuk mendapatkan mata yang terang, anda digalakkan membaca kitab suci Al-Quran setiap hari.

(Sumber: Tumbuhan & Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit oleh Amina Noor, Kamilarini Kamalsha)


01 August 2011

Tips untuk Mata (1)

Cara Menguatkan Mata

1. Jangan menjahit atau membaca di waktu senja.
2. Sentiasa melihat warna hijau.
3. Duduk dengan menghadap kiblat.
4. Bercelak menjelang waktu tidur.
5. Persekitaran hendaklah sentiasa bersih.


Sebab-sebab lemah penglihatan:

1. Melihat huruf-huruf halus.
2. Banyak menangis.
3. Melihat faraj perempuan atau bayangannya.
4. Melihat benda-benda kotor.
5. Duduk membelakang kiblat.
6. Melihat palang atau salib.

(Sumber: Tumbuhan & Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit oleh Amina Noor, Kamilarini Kamalsha)

15 June 2011

Obesiti

Salah satu punca kegemukan (obesiti) adalah kekurangan vitamin ataupun mineral yang diperlukan.

Bagi menormalkan berat badan, tambahkan Vitamin E sebanyak 50 unit, Vitamin C sebanyak 250mg, zink sebanyak 15 - 45mg, selenium sebanyak 50 - 150mg dan sodium di dalam garam.

Ini berlaku melalui proses pembaikan fungsi kelenjar tiroid, metabolisme hati dan peneutralan radikal bebas.

Selain itu, pastikan pemakanan anda seimbang.

(Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah)

31 December 2010

Goodreads Malaysia: Kempen Baca 2010



Gambar ehsan dari blog Bukuria-Malaysia.

Pada tahun ini, Goodreads Malaysia telah mensasarkan pembacaan sebanyak 2010 buah buku bagi tahun 2010.

Para Pencinta Buku Malaysia,

Ayuh bersama merealisasikan impian dan misi pembacaan 2010.

Jom sertai komuniti kami di Goodreads Malaysia.

Mari, mari, mariiii...