31 December 2010

Goodreads Malaysia: Kempen Baca 2010



Gambar ehsan dari blog Bukuria-Malaysia.

Pada tahun ini, Goodreads Malaysia telah mensasarkan pembacaan sebanyak 2010 buah buku bagi tahun 2010.

Para Pencinta Buku Malaysia,

Ayuh bersama merealisasikan impian dan misi pembacaan 2010.

Jom sertai komuniti kami di Goodreads Malaysia.

Mari, mari, mariiii...

02 April 2010

Autisme

Autisme dapat dirawat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Ia dapat dilakukan oleh ayah ataupun ibu si pesakit.

Baca surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas masing-masing 7x, ayat Kursi 1x dan Al-Fatihah 40x.

Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan daripada Allah Swt. Gunakan sebahagian daripada air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dengan air mandi pesakit.

(Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah oleh Dr. Mohammad Ali Toha)

08 March 2010

Morning Sickness

Jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran kaya dengan mineral dan vitamin.

Bagi wanita hamil yang ingin mengurangkan rasa mual yang biasanya dialami pada waktu pagi (morning sickness), minumlah jus tembikai atau timun.

Ini kerana kedua-duanya adalah makanan yang dapat menyejukkan sistem pencernaan.

[Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah oleh Dr. Mohammad Ali Toha]

14 January 2010

Amalan Ketika Mengandung (ii)

Ibu Imam Syafie ketika mengandungkan Imam Syafie, sentiasa membaca al-Quran.

Sewaktu membaca, ibunya menyeru anak di dalam kandungannya agar memahami apa yang dibacanya.

Sebab itu, tidak hairanlah Imam Syafie boleh menghafal al-Quran 30 Juzu' sejak berusia 7 tahun kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.

Dalam buku "Amalan-Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata" susunan Ustaz Haji Taib Azamudden Md. Taib dan Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukur (halaman 13), menyebut bahawa Imam Syafie semasa di dalam kandungan ibunya, ibunya sentiasa membaca surah al-Fatihah dan surah Yaasin.

Antara surah-surah yang digalakkan membaca ketika mengandung ialah :

1. Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati

2. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa

4. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak

5. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan agar anak bersifat berhati-hati

6. Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan agar anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7. Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8. Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Wallahu a'lam.

[Sumber: 3000 Nama-Nama Indah, Tips Amalan Ibu Mengandung & Pedoman Melahirkan Anak Pintar oleh Abu Muhamaad Nukman Muqrin, terbitan Pustaka Azhar]