Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

14 January 2010

Amalan Ketika Mengandung (ii)

Ibu Imam Syafie ketika mengandungkan Imam Syafie, sentiasa membaca al-Quran.

Sewaktu membaca, ibunya menyeru anak di dalam kandungannya agar memahami apa yang dibacanya.

Sebab itu, tidak hairanlah Imam Syafie boleh menghafal al-Quran 30 Juzu' sejak berusia 7 tahun kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.

Dalam buku "Amalan-Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata" susunan Ustaz Haji Taib Azamudden Md. Taib dan Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukur (halaman 13), menyebut bahawa Imam Syafie semasa di dalam kandungan ibunya, ibunya sentiasa membaca surah al-Fatihah dan surah Yaasin.

Antara surah-surah yang digalakkan membaca ketika mengandung ialah :

1. Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati

2. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa

4. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak

5. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan agar anak bersifat berhati-hati

6. Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan agar anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7. Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8. Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Wallahu a'lam.

[Sumber: 3000 Nama-Nama Indah, Tips Amalan Ibu Mengandung & Pedoman Melahirkan Anak Pintar oleh Abu Muhamaad Nukman Muqrin, terbitan Pustaka Azhar]

15 July 2008

Tips Menjarakkan Kehamilan

Amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam. Ia juga baik untuk menghilangkan penyakit keputihan.

31 May 2007

Doa Nabi Yunus



Al-Anbiya' : Ayat 87

[87] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Fadhilat:

Doa/tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat; solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-Ayat Al-Quran oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami]

Amalan Memudahkan Bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.

*************************************************

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Wallahu a'lam.

Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

30 May 2007

Amalan Memperoleh Zuriat [Part 2]

Tips tambahan dari Syikin.

[1] Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir" semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

[2] Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

Wallahu a'lam.

Amalan Memperoleh Zuriat

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita.

Yang paling penting, mulakan doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga semasa menutup bacaan doa.

Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

  • Baca Bismillah 1x
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. [Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."]
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.
Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.
AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" [Allah Yang Maha Memiliki Keagungan] sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" [Yang Tiada Permulaan ada-Nya] 333x setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.
Wallahu a'lam.
[Source: NUR, Disember 2006]

Tips Mendapatkan Anak [Part 2]

Tips ini saya copy paste dari website Fauzynm. Credits to him.


AMALAN

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi (utk si suami).

2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).

3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.

4. Doa Nabi Zakaria.

5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).

7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.


DIET PEMAKANAN

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.

2. Buah Delima.

3. Buah Zaitun.

4. Buah Kurma.

5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid.

Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah.

Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll.

6. Jangan minum ais dan minum air kelapa.


CARA SENAMAN BATIN

1. Duduk bersila badan tegak.

2. Lepas itu luruskan kaki kanan ke depan.

3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri, tarik nafas dalam2 (perlahan).

4. Setelah nafas penuh di dada, bawa tgn kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.

5. Ulangi perkara di atas dgn kaki kiri pula.

6. Buat 3x / 7x setiap kali selepas solat subuh. Jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baru buat 3x (3x kiri, 3x kanan).


UJI KESIHATAN

1. Sperm test ni pergi kat LPPKN, Jln Raja Laut (betul2 sebelah Quality Hotel). Consultation fee cuma Rm5. Registration + sperm test + consultation kurang dari Rm100 (03-92843684).

2. Klinik Samuel Specialist Maternity Centre, Jln Tun Razak RM90 (termasuk ubat utk bagi period turun + scan), RM25 utk suami.


BERURUT

1. Mak Aji (012-2831769), Kg Pandan.

2. Makcik Hawa (Mak Tua), Bukit Perah,N. Sembilan (Anis, 017-3460377).

3. Mak Dara, Lepas Pekan Batu 18 Ulu Langat (03-90215901).

4. Desa Tasik Itam, menghala ke Dengkil (03-80619414).

5. Bandar Baru Bangi, No 8,jln 2/3A Fasa 2 (03-89262649).

6. Kat segambut, dekat dgn International School Mont Kiara, Makcik Esah (03-62576424).

7. Taman Medan, KL Cik Ayu (03-77810377).

8. Call 03-61207417.

9. Hubungi En. Sabri di Pasir Mas, atau pada hari Ahad di Kg. Jawa, No. 42, Taman Dato Tahir (013-9291377).


UBATAN

1. LD Venus, Puan Ruzi (013 6141215) - MLM, RM150 (sebulan) http://www.elken.com.my/elken/globalpresent.htm

Khasiat lain, antaranya memulihkan serta mencergaskan kaum wanita selepas bersalin, melegakan sakit haid, merawat kedinginan seks, memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan lebih berseri & cerah, mengurangkan gangguan putus haid.

2. Bioseed & Pati Gamat Plus Vitamin - BIO H keluaran Gamat Emas iaitu sejenis minuman (serbuk dan perlu dibancuh dengan air) yang berupaya merembeskan semula hormon HGH yang menyumbangkan kepada kesuburan hormon.http://indahkasturi.com/

3. Jelly Gamat Serigama

4. Le Dara

5. Sendayu Tinggi

6. Clomide (pil subur)

7. ROYAL JELLY dan Vita 5 - CNI

8. MADU SPIRULINA SURECO, atau apa2 pemakanan yang berasaskan mengkudu, kerana mengkudu dipercayai dapat memperbanyakkan benih ovum.


PERUBATAN

1. IVF - Rm8,000

2. Hospital Glenagle Sungai Petani yang ada pakar gerenti dapat anak. Agak mahal kosnya Rm14,000

3. Klinik Homeopathy Dr. Yunus, No. 3, Jln Medan Kangar, 01000 Kangar, Perlis (013-4211718, 604-976 8618, e-mail: dryunusa@yahoo.com)

Masa Rawatan; Pagi: 9.00-12.15, Petang: 2.45-6.30, Rehat: 12.15-2.45, Malam: Temujanji sahaja, Ahad: Temujanji sahaja (Ros, 012-5639247)


WEBSITE PANDUAN

http://www.timang.org/Kehamilan.htm

Tips Mendapatkan Anak

Bismillah...

Entry pada hari ini adalah permintaan istimewa dari kawan se'blogger', Ayu yang ingin mendapatkan tips/cara untuk mendapatkan anak.

Dari pengalaman lalu, saya sendiri masih belum 'berisi' walaupun telah 7 bulan lamanya mendirikan rumahtangga.

Antaranya mungkin disebabkan kami duduk berjauhan selama 3 bulan. Saya di Sabah dan husband saya pula di Penang.

2 bulan selepas itu (waktu tu saya telahpun berpindah ke Penang), salah seorang dari staff saya telah mencadangkan agar saya mengambil Jamu Haid Martina (keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway). Ini disebabkan kitaran haid saya yang tidak menentu dan saya seringkali terkena senggugut setiap kali datang 'period'.

Saya difahamkan bahawa antara penyebab kemungkinan ketidaksuburan wanita yang telah berkahwin adalah disebabkan oleh kitaran haid yang tidak menentu dan juga disebabkan oleh masalah senggugut sepertimana yang saya alami.

Pada masa yang sama, adik ipar saya pula telah mencadangkan agar suami saya mengambil Makjun Pak Tani.

Alhamdulillah... setelah 2 bulan lamanya (saya mengambil Jamu Haid Martina dan suami saya pula mengambil Makjun Pak Tani), saya telah disahkan 'berisi'.

Namun sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap dan tidak mengalami masalah senggugut, anda bolehlah mencuba mengambil pil Spirulina ataupun Jamu Wanita Martina (juga dikenali sebagai Jamu Sihat Rahim di Indonesia. Jamu ini keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway) yang bertujuan untuk menggalakkan kesuburan wanita.

Selain itu, anda juga disarankan agar berjumpa 'Mak Bidan' untuk tujuan berurut.

Mudah-mudahan tips ini dapat dimanfaatkan untuk kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga anda dan suami, insya-Allah (amiinnn).

Wallahu a'lam.

Amalan Mendapatkan Zuriat




Surah Maryam: Ayat 5 - 15

Fadhilat ayat ini ialah untuk mendapatkan zuriat.

Caranya:

1. Hendaklah pasangan suami isteri berpuasa pada hari Jumaat.
2. Ketika berbuka, makanlah buah tamar sahaja dan jangan minum sebarang minuman.
3. Selepas solat maghrib, makanlah pula makanan2 ringan seperti roti, tamar, kuih-kuih yang manis, juga jangan minum air.
4. Setelah itu, tuliskan ayat-ayat ini pada bekas kaca dengan berdakwatkan madu lebah yang tidak disentuh api (madu asli).
5. Setelah itu, hapuskanlah tulisan tersebut dengan air mutlak.
6. Ambil 223 biji kacang putih, dibacakan ayat ini pada setiap biji kacang itu.
7. Rebuslah kacang2 ini dengan api yang besar.
8. Sementara menunggu ia masak, suami dan isteri hendaklah sama2 solat Isyak secara berjemaah.
9. Selesai solat, bacalah Surah Maryam dari awal hingga akhir.
10. Setelah itu, masukkanlah air hapusan ayat ini ke dalam rebusan kacang tadi.
11. Sebaik-baiknya, ditambahkan padanya sedikit air anggur.
12. Kemudian bahagikan campuran yang telah masak itu kepada dua. Satu untuk si suami dan satu lagi untuk si isteri. Makanlah sehingga habis.
13. Setelah selesai, tidurlah selama 1 jam. Kemudian, bangunlah untuk 'bersama' isterinya.

Insya-Allah, pada malam itu juga Allah SWT akan permudahkan jalan baginya untuk mendapatkan zuriat.

Sebaik-baiknya diamalkan selama 3x Jumaat, sekalipun tidak berturut-turut.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran oleh Abu Al-Baqir AlBurhami]

29 May 2007

Doa Mohon Anak

1. Surah Ali-‘Imran: ayat 38

[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

2. Surah Al-A’raaf: ayat 189

[189] Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

3. Surah Al-Anbiaa’: ayat 89

[89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

Wallahu a'lam.

Doa dipertemukan Jodoh




Surah Yaasin: Ayat 32 - 36

[36] Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

-------------------------------------------

Fadhilat Surah Yaasin ayat 36: Untuk sesiapa yang belum berkahwin agar dipertemukan jodoh.

Caranya:

  • Baca Surah Yaasin ayat 36 dan berdoa.

  • Hembus pada telapak tangan dan sapukan ke muka.

  • Lakukan setiap pagi sebelum keluar rumah.



Wallahu a'lam.