30 May 2007

Tips Mendapatkan Anak

Bismillah...

Entry pada hari ini adalah permintaan istimewa dari kawan se'blogger', Ayu yang ingin mendapatkan tips/cara untuk mendapatkan anak.

Dari pengalaman lalu, saya sendiri masih belum 'berisi' walaupun telah 7 bulan lamanya mendirikan rumahtangga.

Antaranya mungkin disebabkan kami duduk berjauhan selama 3 bulan. Saya di Sabah dan husband saya pula di Penang.

2 bulan selepas itu (waktu tu saya telahpun berpindah ke Penang), salah seorang dari staff saya telah mencadangkan agar saya mengambil Jamu Haid Martina (keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway). Ini disebabkan kitaran haid saya yang tidak menentu dan saya seringkali terkena senggugut setiap kali datang 'period'.

Saya difahamkan bahawa antara penyebab kemungkinan ketidaksuburan wanita yang telah berkahwin adalah disebabkan oleh kitaran haid yang tidak menentu dan juga disebabkan oleh masalah senggugut sepertimana yang saya alami.

Pada masa yang sama, adik ipar saya pula telah mencadangkan agar suami saya mengambil Makjun Pak Tani.

Alhamdulillah... setelah 2 bulan lamanya (saya mengambil Jamu Haid Martina dan suami saya pula mengambil Makjun Pak Tani), saya telah disahkan 'berisi'.

Namun sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap dan tidak mengalami masalah senggugut, anda bolehlah mencuba mengambil pil Spirulina ataupun Jamu Wanita Martina (juga dikenali sebagai Jamu Sihat Rahim di Indonesia. Jamu ini keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway) yang bertujuan untuk menggalakkan kesuburan wanita.

Selain itu, anda juga disarankan agar berjumpa 'Mak Bidan' untuk tujuan berurut.

Mudah-mudahan tips ini dapat dimanfaatkan untuk kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga anda dan suami, insya-Allah (amiinnn).

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Anonymous2:11 AM

    jamu haid martina itu adakah nama nya kaplet wulandari?

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:36 AM

    jamu pak tani tu yg maner? da byk kan? maajun arjuna ker, maajun tongkat ali plus ker? @ maajun pak tani (paste)? suami sy nk try laaa

    ReplyDelete