Bismillah, Segala Puji Bagi Allah...
Here come my confinement tips (2 Aida, Aini, all the Mums and Mums-to-be, this is 4 U)
Semasa tempoh berpantang anak pertama dan kedua, saya berpantang sendiri di rumah. Sebab tu, tak banyak sangat pantang-larang yang saya amalkan atau terpaksa diikuti berbanding dengan berpantang di rumah mak ataupun di rumah mak mertua (ummi).
Sewaktu balik Kelantan untuk aqiqah anak pertama dulu, apabila hubby bertanyakan pada ummi tentang cara-cara berpantang untuk caesarean; ummi sendiri tak tahu. Sebab-musababnya ialah tiada di antara ahli keluarga ummi sebelum ini yang pernah bersalin secara caesarean ngehehe.
Walaupun demikian, saya banyak bertanya dari kawan-kawan, orang-orang yang berpengalaman; membaca buku, majalah dan melayari internet untuk mendapatkan info mengenai cara berpantang untuk yang bersalin secara caesarean.
Yang pertama-tamanya, semasa tempoh berpantang kenalah memakai stokin untuk mengelakkan badan dari dimasuki angin terutama semasa musim hujan, cuaca sejuk, malam ataupun semasa musim angin bertiup kencang. Tapi semasa cuaca tengah panas terik, saya bebas untuk tidak memakai stokin *wink* ;)
3 hari selepas bersalin, saya mula mengambil tablet Phyto Natal Nona Roguy (pada masa tu dikenali sebagai Herbanika Bersalin) dan juga Pati Ikan Haruan (+ American Ginseng) Polleney untuk mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan.
3 minggu selepas itu, saya gantikan pula Pati Ikan Polleney dengan Jus Gamat (berperisa Blackcurrant), tapi pengambilan Phyto Natal saya teruskan sehinggalah ke akhir tempoh berpantang. Actually, ikan haruan dan air gamat mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu penyembuhan luka caesarean surgery.
Sewaktu berpantang anak pertama dulu, saya menggunakan Barut Ramping (Berubat) Warisan Pusaka Bidan keluaran Radin's Herb sebagai bengkung. Ternyata memang efektif tapi saya tak tahan dengan "bau kuat herba" barut berkenaan.
Jadi semasa berpantang anak kedua, saya menggunakan Pakaian (dalam) Pelangsing Badan Teknologi Nano (dengan infra-merah jauh @ far infra-red) keluaran Halle Nano. Keberkesanan pakaian dalam ini dalam melangsingkan badan, memejal dan mengencangkan semula badan yang kendur dan menggelebeh, saya bagi "2 thumbs up". Memang berkesan dengan syarat kena rajin dan disiplin menggunakannya lebih dari 8 jam pada setiap hari. Plus, kena minum banyak air putih sekurang-kurangnya 1.5 liter dalam sehari. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pengumuhan untuk membuang lemak-lemak dan toksin dari sistem badan.
Tapi sebelum menggunakan bengkung, bagi ibu-ibu yang bersalin secara caesarean; sila pastikan bahawa luka pembedahan tersebut telah benar-benar sembuh. Dari pengalaman lalu, saya dah mula berbengkung selepas sebulan pembedahan.
Info tambahan: kepada sesiapa yang masih tercari-cari bengkung yang sesuai untuk digunakan bersama dengan Herbanika Barut, saya cadangkan agar menggunakan Ammy Corset (Bengkung Sendayu Tinggi) keluaran Sendayu Tinggi. Sebabnya bengkung kain ini diperbuat dari kain belacu yang cukup lebar (ukuran: dada ke punggung) dan amat mudah pula untuk digunakan (dengan ikatan bersilang-silang) serta boleh dibasuh.
Kepada ibu-ibu yang berkerjaya dan masih ingin meneruskan penggunaan bengkung apabila kembali bekerja semula, bolehlah menggunakan Secret Long Girdle keluaran Avon, Pakaian Pelangsing Badan (with FIR) keluaran Halle Nano, Pakaian Dalam Pembentuk Badan Premium Beautiful atau apa sahaja produk lingerie yang seumpamanya.
Minyak Herbanika Nona Roguy saya gunakan untuk mengurut badan dan untuk mengencangkan semula kawasan badan yang kendur. Pada waktu cuaca sejuk pula, saya menggunakan Minyak Bunga Merah (Panas) untuk disapukan pada bahagian badan tertentu bagi mengelakkan badan dari dimasuki sejuk mahupun angin.
Untuk ibu yang bersalin normal, saya syorkan untuk menggunakan Minyak Berubat Mustajab Nona Roguy bagi mempercepatkan penyembuhan luka di bahagian sulit. Selain dari itu, minyak ini juga mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah boleh digunakan untuk kegunaan baby (bagi mengelakkan sejuk dan angin) menggantikan minyak telon ataupun minyak kayu putih. So, kepada ibu-ibu yang bersalin secara caesar pun boleh mendapatkannya untuk kegunaan sendiri, baby mahupun ahli keluarga yang lain.
Untuk membasuh bahagian sulit, bolehlah menggunakan Uncang Cuci Herbanika Nona Roguy ataupun ZARA Beauty Salts Cosway yang dilarutkan ke dalam air untuk digunakan sebagai air cebok.
Di samping itu, ZARA Beauty Salts Cosway ini juga mempunyai fungsi yang sama dengan Minyak Berubat Mustajab Nona Roguy iaitu mempercepatkan proses penyembuhan luka di bahagian sulit.
Selepas cukup 3 minggu menjalani pembedahan caesarean di mana luka pembedahan di bahagian perut telahpun elok, barulah saya menggunakan Krim Lulur (+ pemutih) Sumber Ayu untuk melulur dan membersihkan badan dan juga muka.
Perlu diingatkan, sepanjang tempoh berpantang seelok-eloknya menggunakan air suam untuk tujuan mandi dan untuk dijadikan air cebok. Jika boleh, elakkanlah dari menggunakan air dingin sebab dikhuatiri badan akan dimasuki sejuk. Semasa ke tandas atau sekiranya lantai rumah adalah jubin marmar, seramik dan sebagainya yg terbuat dari bahan yang sejuk, eloklah menggunakan selipar ataupun sandal rumah.
Rasanya itu sahaja tips berpantang yang dapat saya kongsikan bersama para ibu dan bakal ibu. Buat semua wanita yang bakal menjadi ibu mahupun ibu yang bakal melahirkan anak di masa-masa terdekat ni, jaga diri dan kesihatan anda sebaik yang mungkin.
Moga tempoh berpantang anda akan menjadi suatu memori yang indah untuk dikongsikan bersama dengan anak-anak, cucu-cicit mahupun generasi yang seterusnya, insya-Allah.
Wallahu'alam.

salam, great post. thank you..
ReplyDeletetq 4 sharing..
ReplyDelete