Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

04 August 2011

Tips untuk Mata (2)

Agar Mata Sentiasa Sihat

Mengamalkan membaca ayat-ayat Al-Quran pada setiap hari boleh menerangkan penglihatan mata anda. Oleh itu, untuk mendapatkan mata yang terang, anda digalakkan membaca kitab suci Al-Quran setiap hari.

(Sumber: Tumbuhan & Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit oleh Amina Noor, Kamilarini Kamalsha)


01 August 2011

Tips untuk Mata (1)

Cara Menguatkan Mata

1. Jangan menjahit atau membaca di waktu senja.
2. Sentiasa melihat warna hijau.
3. Duduk dengan menghadap kiblat.
4. Bercelak menjelang waktu tidur.
5. Persekitaran hendaklah sentiasa bersih.


Sebab-sebab lemah penglihatan:

1. Melihat huruf-huruf halus.
2. Banyak menangis.
3. Melihat faraj perempuan atau bayangannya.
4. Melihat benda-benda kotor.
5. Duduk membelakang kiblat.
6. Melihat palang atau salib.

(Sumber: Tumbuhan & Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit oleh Amina Noor, Kamilarini Kamalsha)

02 April 2010

Autisme

Autisme dapat dirawat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Ia dapat dilakukan oleh ayah ataupun ibu si pesakit.

Baca surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas masing-masing 7x, ayat Kursi 1x dan Al-Fatihah 40x.

Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan daripada Allah Swt. Gunakan sebahagian daripada air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dengan air mandi pesakit.

(Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah oleh Dr. Mohammad Ali Toha)

08 March 2010

Morning Sickness

Jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran kaya dengan mineral dan vitamin.

Bagi wanita hamil yang ingin mengurangkan rasa mual yang biasanya dialami pada waktu pagi (morning sickness), minumlah jus tembikai atau timun.

Ini kerana kedua-duanya adalah makanan yang dapat menyejukkan sistem pencernaan.

[Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah oleh Dr. Mohammad Ali Toha]

21 July 2009

Inginkan Anak Berkulit Putih

Minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau bermula bulan pertama mengandung.
  • Minum pada setiap pagi, petang dan bila2 masa yang anda suka.
Apabila masuk bulan ke-9, amalkan pula minum air kelapa muda setiap minggu. Insya-Allah anak yang lahir kelak akan memiliki kulit putih dan bersih .
Elakkan mengambil makanan berkicap dan banyakkan makan telur ayam kampung dan sayur bayam.

15 July 2008

Tips Agar Cepat Dipinang

Bacakan surah Yusuf pada sebekas air bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dibuat mandi selama 3 pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari juga selama 3 hari berturut-turut.

Tips Mengetahui Jantina Anak Dalam Kandungan (pt.2)

Cuba perhatikan kedua-dua buku lali isteri anda (jika suami). Jika kelihatan licin dan putih berseri, berkemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan, mungkin anak perempuan, insya-Allah.

Tips Agar Suami atau Anak Ingat Kepada Kita Selalu

Baca surah Al-Fatihah sebanyak 14 kali sebelum tidur.

Tips Mendapatkan Anak

Kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mendapat anak atau yang ingin cepat mendapat anak, cuba amalkan petua di bawah.

Kaedah A: Buat senaman batin setiap kali bangun tidur pada waktu pagi. Ia baik untuk lelaki yang telah berumahtangga.

Kaedah B: Selama 3 bulan si suami perlu mengamalkan meminum air suam bercampur madu pada setiap awal pagi.

Kaedah C: Mengamalkan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara solat sunat dan fardhu selama 40 hari berturut-turut.

Tips Menjarakkan Kehamilan

Amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam. Ia juga baik untuk menghilangkan penyakit keputihan.

08 June 2007

Bayi Kerap Menangis

Sekiranya bayi kerap menangis pada waktu malam atau pada bila-bila masa
  • Usap kepala bayi sambil membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7x

Wallahu a'lam.

04 June 2007

Tips Kempiskan Perut

[1] Minyak Zaitun

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya.

Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.


[2] Limau Kasturi + Kapur Makan

Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak/ selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit.

Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari dan lihatlah hasilnya!


Wallahu'alam.

Tips Berpantang Sendiri

Bismillah, Segala Puji Bagi Allah...

Here come my confinement tips (2 Aida, Aini, all the Mums and Mums-to-be, this is 4 U)

Semasa tempoh berpantang anak pertama dan kedua, saya berpantang sendiri di rumah. Sebab tu, tak banyak sangat pantang-larang yang saya amalkan atau terpaksa diikuti berbanding dengan berpantang di rumah mak ataupun di rumah mak mertua (ummi).

Sewaktu balik Kelantan untuk aqiqah anak pertama dulu, apabila hubby bertanyakan pada ummi tentang cara-cara berpantang untuk caesarean; ummi sendiri tak tahu. Sebab-musababnya ialah tiada di antara ahli keluarga ummi sebelum ini yang pernah bersalin secara caesarean ngehehe.

Walaupun demikian, saya banyak bertanya dari kawan-kawan, orang-orang yang berpengalaman; membaca buku, majalah dan melayari internet untuk mendapatkan info mengenai cara berpantang untuk yang bersalin secara caesarean.

Yang pertama-tamanya, semasa tempoh berpantang kenalah memakai stokin untuk mengelakkan badan dari dimasuki angin terutama semasa musim hujan, cuaca sejuk, malam ataupun semasa musim angin bertiup kencang. Tapi semasa cuaca tengah panas terik, saya bebas untuk tidak memakai stokin *wink* ;)

3 hari selepas bersalin, saya mula mengambil tablet Phyto Natal Nona Roguy (pada masa tu dikenali sebagai Herbanika Bersalin) dan juga Pati Ikan Haruan (+ American Ginseng) Polleney untuk mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan.

3 minggu selepas itu, saya gantikan pula Pati Ikan Polleney dengan Jus Gamat (berperisa Blackcurrant), tapi pengambilan Phyto Natal saya teruskan sehinggalah ke akhir tempoh berpantang. Actually, ikan haruan dan air gamat mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu penyembuhan luka caesarean surgery.

Sewaktu berpantang anak pertama dulu, saya menggunakan Barut Ramping (Berubat) Warisan Pusaka Bidan keluaran Radin's Herb sebagai bengkung. Ternyata memang efektif tapi saya tak tahan dengan "bau kuat herba" barut berkenaan.

Jadi semasa berpantang anak kedua, saya menggunakan Pakaian (dalam) Pelangsing Badan Teknologi Nano (dengan infra-merah jauh @ far infra-red) keluaran Halle Nano. Keberkesanan pakaian dalam ini dalam melangsingkan badan, memejal dan mengencangkan semula badan yang kendur dan menggelebeh, saya bagi "2 thumbs up". Memang berkesan dengan syarat kena rajin dan disiplin menggunakannya lebih dari 8 jam pada setiap hari. Plus, kena minum banyak air putih sekurang-kurangnya 1.5 liter dalam sehari. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pengumuhan untuk membuang lemak-lemak dan toksin dari sistem badan.

Tapi sebelum menggunakan bengkung, bagi ibu-ibu yang bersalin secara caesarean; sila pastikan bahawa luka pembedahan tersebut telah benar-benar sembuh. Dari pengalaman lalu, saya dah mula berbengkung selepas sebulan pembedahan.

Info tambahan: kepada sesiapa yang masih tercari-cari bengkung yang sesuai untuk digunakan bersama dengan Herbanika Barut, saya cadangkan agar menggunakan Ammy Corset (Bengkung Sendayu Tinggi) keluaran Sendayu Tinggi. Sebabnya bengkung kain ini diperbuat dari kain belacu yang cukup lebar (ukuran: dada ke punggung) dan amat mudah pula untuk digunakan (dengan ikatan bersilang-silang) serta boleh dibasuh.

Kepada ibu-ibu yang berkerjaya dan masih ingin meneruskan penggunaan bengkung apabila kembali bekerja semula, bolehlah menggunakan Secret Long Girdle keluaran Avon, Pakaian Pelangsing Badan (with FIR) keluaran Halle Nano, Pakaian Dalam Pembentuk Badan Premium Beautiful atau apa sahaja produk lingerie yang seumpamanya.

Minyak Herbanika Nona Roguy saya gunakan untuk mengurut badan dan untuk mengencangkan semula kawasan badan yang kendur. Pada waktu cuaca sejuk pula, saya menggunakan Minyak Bunga Merah (Panas) untuk disapukan pada bahagian badan tertentu bagi mengelakkan badan dari dimasuki sejuk mahupun angin.

Untuk ibu yang bersalin normal, saya syorkan untuk menggunakan Minyak Berubat Mustajab Nona Roguy bagi mempercepatkan penyembuhan luka di bahagian sulit. Selain dari itu, minyak ini juga mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah boleh digunakan untuk kegunaan baby (bagi mengelakkan sejuk dan angin) menggantikan minyak telon ataupun minyak kayu putih. So, kepada ibu-ibu yang bersalin secara caesar pun boleh mendapatkannya untuk kegunaan sendiri, baby mahupun ahli keluarga yang lain.

Untuk membasuh bahagian sulit, bolehlah menggunakan Uncang Cuci Herbanika Nona Roguy ataupun ZARA Beauty Salts Cosway yang dilarutkan ke dalam air untuk digunakan sebagai air cebok.
Di samping itu, ZARA Beauty Salts Cosway ini juga mempunyai fungsi yang sama dengan Minyak Berubat Mustajab Nona Roguy iaitu mempercepatkan proses penyembuhan luka di bahagian sulit.

Selepas cukup 3 minggu menjalani pembedahan caesarean di mana luka pembedahan di bahagian perut telahpun elok, barulah saya menggunakan Krim Lulur (+ pemutih) Sumber Ayu untuk melulur dan membersihkan badan dan juga muka.

Perlu diingatkan, sepanjang tempoh berpantang seelok-eloknya menggunakan air suam untuk tujuan mandi dan untuk dijadikan air cebok. Jika boleh, elakkanlah dari menggunakan air dingin sebab dikhuatiri badan akan dimasuki sejuk. Semasa ke tandas atau sekiranya lantai rumah adalah jubin marmar, seramik dan sebagainya yg terbuat dari bahan yang sejuk, eloklah menggunakan selipar ataupun sandal rumah.

Rasanya itu sahaja tips berpantang yang dapat saya kongsikan bersama para ibu dan bakal ibu. Buat semua wanita yang bakal menjadi ibu mahupun ibu yang bakal melahirkan anak di masa-masa terdekat ni, jaga diri dan kesihatan anda sebaik yang mungkin.

Moga tempoh berpantang anda akan menjadi suatu memori yang indah untuk dikongsikan bersama dengan anak-anak, cucu-cicit mahupun generasi yang seterusnya, insya-Allah.

Wallahu'alam.



(Product Info: Nona Roguy Marketing)

02 June 2007

Tips Membanyakkan Susu Ibu [Susu Badan]

[a] Berurut (dengan bidan).

[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.

[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.

[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.

[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.

[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.

[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.

[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:
  • Brokoli
  • Lobak Merah
  • Lobak Putih
  • Seleri
  • Kobis
  • Sawi Putih
  • Peria
  • Ulam Pegaga
  • Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar:

  • Makan kulup daun betik setiap hari.

PENGAMBILAN JAMU

1. Phyto Natal [Nona Roguy]

Penjagaan lengkap untuk kesihatan dan kecantikan selepas bersalin.

Membantu menguatkan peranakan, melegakan meroyan, menggiatkan aliran susu ibu, menyerikan wajah, menurunkan berat badan dan mengencangkan badan.

2. Akar Herbanika [Nona Roguy]

Mengeluarkan susu badan yang lebih pekat dan segar untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin.

Wallahu a'lam.

31 May 2007

Amalan Memudahkan Bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.

*************************************************

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Wallahu a'lam.

30 May 2007

Amalan Memperoleh Zuriat [Part 2]

Tips tambahan dari Syikin.

[1] Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir" semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

[2] Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

Wallahu a'lam.

Amalan Memperoleh Zuriat

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita.

Yang paling penting, mulakan doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga semasa menutup bacaan doa.

Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

  • Baca Bismillah 1x
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. [Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."]
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.
Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.
AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" [Allah Yang Maha Memiliki Keagungan] sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" [Yang Tiada Permulaan ada-Nya] 333x setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.
Wallahu a'lam.
[Source: NUR, Disember 2006]

Tips Mendapatkan Anak [Part 2]

Tips ini saya copy paste dari website Fauzynm. Credits to him.


AMALAN

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi (utk si suami).

2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).

3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.

4. Doa Nabi Zakaria.

5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).

7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.


DIET PEMAKANAN

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.

2. Buah Delima.

3. Buah Zaitun.

4. Buah Kurma.

5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid.

Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah.

Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll.

6. Jangan minum ais dan minum air kelapa.


CARA SENAMAN BATIN

1. Duduk bersila badan tegak.

2. Lepas itu luruskan kaki kanan ke depan.

3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri, tarik nafas dalam2 (perlahan).

4. Setelah nafas penuh di dada, bawa tgn kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.

5. Ulangi perkara di atas dgn kaki kiri pula.

6. Buat 3x / 7x setiap kali selepas solat subuh. Jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baru buat 3x (3x kiri, 3x kanan).


UJI KESIHATAN

1. Sperm test ni pergi kat LPPKN, Jln Raja Laut (betul2 sebelah Quality Hotel). Consultation fee cuma Rm5. Registration + sperm test + consultation kurang dari Rm100 (03-92843684).

2. Klinik Samuel Specialist Maternity Centre, Jln Tun Razak RM90 (termasuk ubat utk bagi period turun + scan), RM25 utk suami.


BERURUT

1. Mak Aji (012-2831769), Kg Pandan.

2. Makcik Hawa (Mak Tua), Bukit Perah,N. Sembilan (Anis, 017-3460377).

3. Mak Dara, Lepas Pekan Batu 18 Ulu Langat (03-90215901).

4. Desa Tasik Itam, menghala ke Dengkil (03-80619414).

5. Bandar Baru Bangi, No 8,jln 2/3A Fasa 2 (03-89262649).

6. Kat segambut, dekat dgn International School Mont Kiara, Makcik Esah (03-62576424).

7. Taman Medan, KL Cik Ayu (03-77810377).

8. Call 03-61207417.

9. Hubungi En. Sabri di Pasir Mas, atau pada hari Ahad di Kg. Jawa, No. 42, Taman Dato Tahir (013-9291377).


UBATAN

1. LD Venus, Puan Ruzi (013 6141215) - MLM, RM150 (sebulan) http://www.elken.com.my/elken/globalpresent.htm

Khasiat lain, antaranya memulihkan serta mencergaskan kaum wanita selepas bersalin, melegakan sakit haid, merawat kedinginan seks, memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan lebih berseri & cerah, mengurangkan gangguan putus haid.

2. Bioseed & Pati Gamat Plus Vitamin - BIO H keluaran Gamat Emas iaitu sejenis minuman (serbuk dan perlu dibancuh dengan air) yang berupaya merembeskan semula hormon HGH yang menyumbangkan kepada kesuburan hormon.http://indahkasturi.com/

3. Jelly Gamat Serigama

4. Le Dara

5. Sendayu Tinggi

6. Clomide (pil subur)

7. ROYAL JELLY dan Vita 5 - CNI

8. MADU SPIRULINA SURECO, atau apa2 pemakanan yang berasaskan mengkudu, kerana mengkudu dipercayai dapat memperbanyakkan benih ovum.


PERUBATAN

1. IVF - Rm8,000

2. Hospital Glenagle Sungai Petani yang ada pakar gerenti dapat anak. Agak mahal kosnya Rm14,000

3. Klinik Homeopathy Dr. Yunus, No. 3, Jln Medan Kangar, 01000 Kangar, Perlis (013-4211718, 604-976 8618, e-mail: dryunusa@yahoo.com)

Masa Rawatan; Pagi: 9.00-12.15, Petang: 2.45-6.30, Rehat: 12.15-2.45, Malam: Temujanji sahaja, Ahad: Temujanji sahaja (Ros, 012-5639247)


WEBSITE PANDUAN

http://www.timang.org/Kehamilan.htm

Tips Mendapatkan Anak

Bismillah...

Entry pada hari ini adalah permintaan istimewa dari kawan se'blogger', Ayu yang ingin mendapatkan tips/cara untuk mendapatkan anak.

Dari pengalaman lalu, saya sendiri masih belum 'berisi' walaupun telah 7 bulan lamanya mendirikan rumahtangga.

Antaranya mungkin disebabkan kami duduk berjauhan selama 3 bulan. Saya di Sabah dan husband saya pula di Penang.

2 bulan selepas itu (waktu tu saya telahpun berpindah ke Penang), salah seorang dari staff saya telah mencadangkan agar saya mengambil Jamu Haid Martina (keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway). Ini disebabkan kitaran haid saya yang tidak menentu dan saya seringkali terkena senggugut setiap kali datang 'period'.

Saya difahamkan bahawa antara penyebab kemungkinan ketidaksuburan wanita yang telah berkahwin adalah disebabkan oleh kitaran haid yang tidak menentu dan juga disebabkan oleh masalah senggugut sepertimana yang saya alami.

Pada masa yang sama, adik ipar saya pula telah mencadangkan agar suami saya mengambil Makjun Pak Tani.

Alhamdulillah... setelah 2 bulan lamanya (saya mengambil Jamu Haid Martina dan suami saya pula mengambil Makjun Pak Tani), saya telah disahkan 'berisi'.

Namun sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap dan tidak mengalami masalah senggugut, anda bolehlah mencuba mengambil pil Spirulina ataupun Jamu Wanita Martina (juga dikenali sebagai Jamu Sihat Rahim di Indonesia. Jamu ini keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway) yang bertujuan untuk menggalakkan kesuburan wanita.

Selain itu, anda juga disarankan agar berjumpa 'Mak Bidan' untuk tujuan berurut.

Mudah-mudahan tips ini dapat dimanfaatkan untuk kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga anda dan suami, insya-Allah (amiinnn).

Wallahu a'lam.

Amalan Mendapatkan Zuriat




Surah Maryam: Ayat 5 - 15

Fadhilat ayat ini ialah untuk mendapatkan zuriat.

Caranya:

1. Hendaklah pasangan suami isteri berpuasa pada hari Jumaat.
2. Ketika berbuka, makanlah buah tamar sahaja dan jangan minum sebarang minuman.
3. Selepas solat maghrib, makanlah pula makanan2 ringan seperti roti, tamar, kuih-kuih yang manis, juga jangan minum air.
4. Setelah itu, tuliskan ayat-ayat ini pada bekas kaca dengan berdakwatkan madu lebah yang tidak disentuh api (madu asli).
5. Setelah itu, hapuskanlah tulisan tersebut dengan air mutlak.
6. Ambil 223 biji kacang putih, dibacakan ayat ini pada setiap biji kacang itu.
7. Rebuslah kacang2 ini dengan api yang besar.
8. Sementara menunggu ia masak, suami dan isteri hendaklah sama2 solat Isyak secara berjemaah.
9. Selesai solat, bacalah Surah Maryam dari awal hingga akhir.
10. Setelah itu, masukkanlah air hapusan ayat ini ke dalam rebusan kacang tadi.
11. Sebaik-baiknya, ditambahkan padanya sedikit air anggur.
12. Kemudian bahagikan campuran yang telah masak itu kepada dua. Satu untuk si suami dan satu lagi untuk si isteri. Makanlah sehingga habis.
13. Setelah selesai, tidurlah selama 1 jam. Kemudian, bangunlah untuk 'bersama' isterinya.

Insya-Allah, pada malam itu juga Allah SWT akan permudahkan jalan baginya untuk mendapatkan zuriat.

Sebaik-baiknya diamalkan selama 3x Jumaat, sekalipun tidak berturut-turut.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran oleh Abu Al-Baqir AlBurhami]