15 August 2014

Tips Mengetahui Jantina Anak Dalam Kandungan (pt.3)

Assalam.

Tips ni sekadar petua sahaja, bukan fatwa.

Petua untuk kaum ibu yang bakal menimang anak ke 2, ke 3 dan seterusnya...

Kalau tengah mengandungkan anak yang ke dot-dot-dot, cuba flashback memori semasa anak yang sebelum ni (kalau mengandung anak ke 3, ia merujuk kepada anak yang ke 2)...

Gigi pertamanya tumbuh kat rahang belah mana...

Rahang atas atau rahang bawah??

- Kalau rahang atas, maksudnya kita akan mendapat anak dari jantina yang berbeza.
Kalau sebelum ni anak lelaki, maka akan beroleh anak perempuan (dengan izin Allah SWT).

- Kalau rahang bawah, maksudnya kita akan mendapat anak dari jantina yang sama. Kalau sebelum ni anak lelaki, maka akan beroleh anak lelaki juga (dengan izin Allah SWT).

Apa-apapun, anak tu anugerah dari Allah SWT.

Jika ditakdirkan jantina anak tidak seperti yang diharapkan, pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Yang penting, anak tu sihat walafiat. Bersyukurlah dengan pemberianNya.

Doakan dan didiklah dia menjadi anak yang soleh/solehah; berbakti dengan penuh dedikasi dan kasih sayang kepada kedua ibubapanya; berjaya dan berbahagia di dunia dan juga di akhirat, in shaa Allah, aamiiiin.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment